Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 4)
16 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Foto pada minggu ini ialah pengenalan lens, apa itu lens dalam fotografi? Mengenali setting smartphone anda. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari cara mengendalikan video dan gambar menggunakan telefon pintar serta memahami teknik lighting yang tepat proses penyuntingan yang berkualiti. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik penggambaran seperti menangkap pergerakan, close-up, pemandangan, dan lain-lain teknik fotografi yang relevan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: